Sunday, 9 December 2012

HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI

“Wafeen Wardah..nak kemana?” Nek Jah makin kurang senang bila Wafeen sudah mula mengatur langkah.Mahu meninggalkan dapur.Budak ini…memang sengaja nak tunjuk protes dia tu!
“Err..” Wafeen tak tahu nak bagi alasan apa.
“Nak larilah tu nek…tadi bukan main berlagak ada bodyguard..kesian kau Rayyan dapat budak cengeng ni…nasib kaulah kena buli dengan dia!” Uwais angkat kening bila Wafeen membulatkan mata padanya.Benganglah tu!
“Jangan nak mengelak pulak! tak reti-ret nak buat air untuk Rayyan ni?” arah Nek Jah.
“Dia tak cakap pun nak air..” Selamba Wafeen menjawab.
“Bertuah punya cucu…orang datang rumah nak kena tanya nak air ke tidak ke? hai…kau makin hari makin menjadi-jadi perangai keras hati kau ya..” Nek Jah dah mula menyinga.
“Takpelah nek…saya tak haus pun..”Rayyan senyum saja.Sekadar untuk membela Wafeen.
“Hah..kan..dia yang tak nak” Wafeen masih buat muka tak bersalah.Sayang abang!
“Kau ni Rayyan…jangan dilayan sangat kerenah dia..nanti dipijaknya kepala kau..Wafeen Wardah! buat air nenek kata…jangan degil!” Sekali lagi Nek Jah menyuruh.
Wafeen tarik muka.Dia mendekati kabinet.
“Nak minum apa?” tanya Wafeen.
“Amboi garangnya bertanya..Esok jadi isteri macam tu cara nak melayan suami? Sarimah pula menegur.
“Memang pun mak…tak lemah lembut langsung..patutnya kau dah tahu apa yang Rayyan suka minum…hah..kantoi..kantoi..nampak sangat tak tahu apa-apa ni…ish..ish..ish….dah nak nikah tapi apa yang Rayyan suka pun tak tahu?”
Wafeen gigit bibit.Aku memang tak boleh blah betul dengan Abang Uwais ni!! malu tahu tak!! macamana aku boleh tak tahu ni? yang aku tahu dia suka karipap pusing,aiskrim,chewing gum..itu ajalah! minum apa manalah aku pernah tanya!
“Hah? apa terkebil-kebil lagi? tanyalah…” Sarimah menggeleng kepala.Rayyan diam saja.Dia dan Wafeen berpandangan.
“Awak nak minum apa?” kali ini agak lembut sedikit.
“Awak? aik? bukan panggil abang ke?” Uwais kenakan lagi. Wafeen rasa nak menjerit bila Uwais berjaya membulinya cukup-cukup di depan Rayyan.Rasanya kalau dia boleh tanggal mukanya dah lama dia sorokkan! malu gila!
“Err..Abang nak minum apa?” pembetulan lagi.
“Salah….Abang suka minum apa patutnya…” Uwais mengekek ketawa tapi dicubit Hannah.
“Dah la tu bang..sian kat Wafeen..”bisik Hannah.
“Milo pun takpe..tapi jangan manis sangat..” jawab Rayyan.Pulak tu sambil mengunyah karipap.Wafeen tutup mulut kerana dia hampir tergelak bila Rayyan khusyuk mengunyah karipap sambil menggoreng.
“Hah…kan elok macam tu…bahagia rasanya kalau takde yang bergaduh..”
“Mana ada bergaduh..nenek yang cakap macam tu..kalau tak percaya tanya Abang..kita bergaduh ke? Wafeen pandang Rayyan.Ya Allah! tak habis lagi mengunyah?
“Takdelah nek…mana ada gaduh..Wafeen protes aja tu pun dia memang saja nak bermanja dengan saya…”jawab Rayyan.Dia angkat kening pada Wafeen.Macamana sayang? okey tak jawapan tu?
Wafeen senyum jugak.Melebih-lebih nampak..nasib baik aku sayang kau..kalau aku marah macam hari tu..dengan kau sekali aku goreng dalam kuali tu..
“Hah..kalau dah okey..senanglah hati kami ni semua..tak gitu Sari?”
“Haah mak..alang-alang tengah gembira ni..rasa nak berkaraoke pulak..Uwais,kau apa lagi..pergi pasang set karaoke yang mak suruh kau bawak tu…lepas siapkan kuih-muih ni mak nak ajak Rayyan karaoke dengan mak..”
Uwais dan Hannah berpandangan dan senyum penuh makna.Adeh! mak..mak…kat rumah nenek pun dia nak karaoke..
Rayyan yang sedang makan karipap tersedak.Karaoke dengan Mak Cik Sari?
Wafeen tuang air masak dalam gelas dan dihulur pada Rayyan.Dia senyum.Comel! detik hati Rayyan.

  • NAK TAHU APA YANG SELANJUTNYA KENALAH BELI NOVEL INI, SILA DAPATKAN DI KEDAI2 BUKU BERHAMPIRAN ANDA..!!! PASTI TAKKAN MENYESAL PUNYA..!!!! 

0 comments:

Post a Comment