
Wednesday, 31 October 2012
CINTA yang AGUNG
Posted by Unknown at Wednesday, October 31, 2012
Teka Teki Fakta
Posted by Unknown at Wednesday, October 31, 2012Soalan :
Jawapan:
Tuesday, 30 October 2012
aku memang bukan kamu
Posted by Unknown at Tuesday, October 30, 2012Untuk paham.
Untuk mengerti.
Apa lagi untuk merasai.
Untuk terus buat perkara sebegitu.
Kerana aku tahu mana arah,
Kerana aku sedar mana matlamat aku.
Untuk menidakkan kebenaran.
Menolak realiti dengan bersahaja.
Menolak yang hidayah Allah.
Aku tak akan penah mengerti dan memahami keadaan kamu.
Kerana aku memang bukan kamu.
Kamu perlu memandang yang cerah dalam gelapnya malam.
Kamu harus mencari pelangi sejurus hujan.
Kerana itu pengertian yang harus kamu pelajari.
Mahu pun mengucap salam.
Kerana hati aku terlalu rapuh.
Aku gusar andai hati terus reput dalam panahan duka berterusan.
Untuk memberi sesuatu yang lebih baik.
Untuk mengajar sesuatu yang lebih indah.
Kerana hati telah tidak bernadi untuk kamu.
Saturday, 27 October 2012
KeNaNgAn YaNg TErAkHiR
Posted by Unknown at Saturday, October 27, 2012Friday, 26 October 2012
BeRkOrBan , TeRkorBan, PeNgorBanAn
Posted by Unknown at Friday, October 26, 2012TIBA-TIBA PETANG INI BOLEH PULAK DAPAT IDEA NAK MENAIP TENTANG BERKORBAN, TERKORBAN DAN PENGORBANAN.. HmMMmm DALAM HUBUNGAN KITA MESTI ADA PENGORBANAN, PERLU BERKORBAN DAN KADANG-KADANG KITA TERKORBAN... PERCAYA ATAU TIDAK KITA LIHATLAH BERSAMA-SAMA....
- BERKORBAN
- TERKORBAN
- PENGORBANAN
HaRi Raya AiDilAdHa
Posted by Unknown at Friday, October 26, 2012SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ( 26/10/2012 BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH ) !!! PeJaM CeLiK , PeJam CeLiK sEkejAp SaHajA mAsA beRlalU, SekARanG DaH MasUk RayA HajI suDah. Ini BeRmAkNa KiTa SuDah MasUk Ke MusIm Haji Lah.. KepAda YanG beRkeMAMpuAN uNtUk meNuNaiKan Haji, SIla2LaH perGi MenuNaikaN RuKuN IslAM ke5 Ini. KeRanA WaJiB BagI meRekA yaNg BerKemAmpuAn. OkeYlAh SaYa PuN Tak NAk BerLetEr BanyAK2, Meh SayA nak ShaRe SikIt TenTang AiDiladhA ni.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
NOTE :- SAYA HARAP DENGAN PENGKONGSIAN INI SEMUA MENDAPAT MANFAAT, SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA. AMIN. DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA BUAT SEMUA, TAK KIRA DIMANA ANDA BERADA.
Thursday, 25 October 2012
NiLai SeBuAH PErSaHabaTaN
Posted by Unknown at Thursday, October 25, 2012- SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ( HMM SANGAT MEMBIMBANGKAN )
- DURI DALAM DAGING
- MENGUMPAT / PERLI-MEMERLI / TIDAK BERPUAS HATI / DLL
- PERAMPAS
- HANYA ADA SAAT SUKA / GEMBIRA SAHAJA
LoVe Love AnD Love
Posted by Unknown at Thursday, October 25, 2012
- janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir - oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
- setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
Curangnya lelaki
Posted by Unknown at Thursday, October 25, 2012Kenapa Lelaki Curang?
Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki
walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin
bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang
tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut
adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:
1. Merasakan dirinya terlalu hensem.
Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.
2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.
3. Ramai wanita lain menyukainya.
Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.Nota hati : Lelaki jangan curang kalau tidak mahu dirinya akan di curangi. Ingat suatu hal, Allah maha melihat perlakuan anda.
Monday, 22 October 2012
5 Ciri Lelaki Yang Patut Anda Minta Clash
Posted by Unknown at Monday, October 22, 2012# Lebih baik anda cari saja yang lain.Tak perlu lagi menunggu lagi lelaki mcm ni.Sebab lelaki mcm nihanya membuang masa anda saja.
# Biasanya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda.Tetapi, bila anda memerlukannya,dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan diri dari anda.
# Tapi malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.Jadi jangan buang masa dengan lelaki mcm tu.
# Lelaki macam ini anda perlu lebih berhati-hati sebab lelaki mcm ni mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya saja.
# Selalunya lelaki yang mcm ni kalau menjalinkan hubungan anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal,walaupun hal kecik tetap juga nak dibesarkan.
Nota Hati : kesimpulanya pada Isya Violet, jika anda mempunyai pasangan yang macam ni,anda tak perlulah buang masa menunggu si dia.Teruskan "LIFE" anda. Walau macam mana pun anda sayang pada dia, dia tetap tak mahukan anda. Tak perlu bimbang Allah lebih mengetahui siapa jodoh kita.Insya Allah DIA akan pertemukan kita dengan pasangan yang lebih baik. Amin
Saturday, 20 October 2012
Ciri-ciri lelaki yang menakutkan
Posted by Unknown at Saturday, October 20, 20128. Control macho
Kenali LELAKI Kasanova
Posted by Unknown at Saturday, October 20, 2012Euwww, jerat dah mengena! Nampak tak cara si kasanova cuba memikat kamu di awal perkenalan. Ayat yang digunakan bukan main manis lagi, kalah susu krimer. Nah! Kamu jangan pula terperangkap dengan cara layanan lelaki jenis ini terhadap kamu. Lebih baik kamu mengelak sebelum menjadi mangsanya. oleh itu, jom kita kenali ciri-ciri lelaki hidung belang ini!
1. Peramah
Untuk pengetahuan kamu, salah satu ciri lelaki kasanova ini ialah mereka sentiasa menunjukkan bahawa diri mereka seorang yang peramah. Dengan sesiapa pun mereka akan bertegur sapa. Hatta bersama kamu pasti akan ada mana-mana perempuan yang akan ditegurnya di hadapan kamu. Bukannya apa, si dia ingin kamu tahu yang dirinya tidak akan berlaku curang di belakang kamu. Memang asalnya si dia seperti itu. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa si dia mahu kamu mempercayai dirinya. Walhal di belakang kamu sudah banyak stok yang dipasangnya.
2. Berjenama
Hurm, lelaki kasanova sangat mementingkan jenama terutamanya daripada aspek penampilan diri. Kalau boleh serba serbi mestilah mahal dan mampu menunjukkan ciri-ciri kekayaan. Nak memikat gadis bukanlah mudah, tambahan lagi di zaman moden ini. Kebanyakan daripada kamu sudah tentulah mempunyai kelulusan dan berpangkat. Oleh itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendampingi kamu atau lebih tepat duit kamu. Secara tidak langsung kamu pasti akan terpikat malah menganggap mereka itu betul-betul menyayangi kamu. Jangan mudah tertipu!
3. Ambil Kesempatan
Huh! Agak melampau dan keterlaluan. Baru saja kenal dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutamanya di bahagian sensitif. Taktik mereka ini memang sangat licik. Kalau boleh si dia mahu kamu hanyut dan pergi lebih jauh lagi dengan dirinya. Cara ini sebenarnya boleh menjerat kamu daripada meninggalkan si dia. Senanglah kehidupannya nanti bila kamu sudah berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang diminta pasti kamu akan menunaikannya. Maklumlah dah sayang, malah terlanjur pula jadi nak tak nak kamu terpaksa menurutinya. Awas!
4. Cipta Alasan
Habis madu sepah dibuang, itulah gambaran sebenar diri kamu tika ini. Awal perkenalan, boleh dikatakan si dia menatang kamu bagaikan minyak yang penuh. Namun saat lelaki jenis ini sudah dapat apa yang diingininya, semuanya bertukar sekelip mata. Ada sahaja perkara yang cuba dibangkitkannya. Saat kamu mula terhidu rancangan jahatnya itu, mulalah si dia mencipta pelbagai alasan agar rahsianya itu tidak terbongkar. Si dia akan meletakkan kesalahan dirinya itu di atas bahu orang lain. Betapa bijaknya si dia. Kamu perlu ingat, lelaki kasanova sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya itu tercapai.
5. Romantis
Pada mulanya si dia kelihatan sangat baik, sopan santun dan sempurna di mata kamu. Tak nampak langsung cacat celanya sehingga kamu mudah terpikat. Sedangkan si dia bukan seperti yang disangka. Si dia berjaya mengaburi mata kamu daripada melihat dirinya yang sebenar. Maklumlah nak memikatlah katakan. Namun perlu diingatkan di sini, semua itu tidak akan bertahan lama. Lamakelamaan si dia akan menunjukkan taringnya yang sebenar kepada kamu. Tika itu, hilanglah semua ucapan dan kata-kata manis buat kamu! Jadi berhati-hatilah.
6. Bergaya
Mengenali lelaki berperwatakan kasanova ini tidaklah terlalu sukar. Mereka kelihatan sangat kemas dan sentiasa menunjukkan ciri-ciri lelaki yang kaya dengan harta benda. Walhal poket mereka sebenarnya kosong. Kalau ada pun hanya sebagai pelaburan awal untuk memikat kamu. Mudahnya mereka ingin memerangkap kamu untuk dijadikan mangsa bukan? Jadi untuk apa kamu berlengah lagi, angkat kaki dan nyahkan diri kamu daripada mendampingi lelaki seperti ini. Sungguhpun pada mulanya kamu kelihatan terpegun melihat cara mereka melayani kamu, namun jangan mudah meletakkan harapan yang tinggi. Takut-takut kamu yang sengsara
7. Mungkir Janji
Awal-awal bolehlah si dia berjanji itu dan ini dengan kamu, bahkan lautan api pun sanggup direnangi. Maklumlah nak mengisi poket yang kosong, kenalah pandai memikat. Manakala kamu pula mudah sangat cair, pantang si dia bermadah sikit mulalah ke laut. Aduhai, jangan mudah percaya cik adik oi, menempah maut namanya! Semuanya palsu belaka, kamu akan lihat dengan sendirinya apabila perhubungan kamu mencecah hampir tiga bulan, pasti si dia akan memungkiri janji dan mula mencari jalan untuk mengelakkan dirinya daripada kamu.
8. Pinjaman
Itulah lelaki, memang lumrah hidup apabila kamu bertemu dengan individu yang salah. Pasti akan ada pelbagai masalah yang membebani kamu. Bayangkanlah, baru sebulan mengenalinya, si dia dah berani nak pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk, kad bank rosak dan pelbagai lagi. Patutkah? Sedangkan kalian masih terlalu baru untuk mengenali antara satu sama lain. Sekiranya kamu boleh menimbang mana baik dan buruk, sudah tentu kamu sudah dapat mengagaknya kan?
9. Tampan
Tampan dan menarik itulah gambaran sebenar si kasanova. Maklumlah nak memikat si gadis pastilah rupa dijadikan sandaran Sekiranya kamu perhatikan, kebanyakan kasanova mempunyai rupa paras yang sangat menarik dan mampu meruntun hati setiap gadis. Mereka membeli jiwa si gadis dengan perwatakan fizikal yang dimiliki. Walaupun kamu bukan di dalam kategori cantik sekali pun janji poket penuh si dia tetap akan memikat dan berpura-pura menyayangi kamu. Apa yang penting, duit kamu akan menjadi miliknya dan secara langsung segala kos pembiayaan hidupnya akan ditanggung oleh kamu.
10. Identiti
Pernah tak kamu bertanya tentang ahli keluarganya, si dia seolah-olah mengelak dan menukar topik perbualan? Sekiranya ada, kamu sudah boleh menjauhkan diri daripada si dia. Bukan apa, takut-takut nanti kamu yang merana. Sebolehnya si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang ahli keluarganya. Kalau terdesak sangat, si dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa si dia anak orang kaya. Kadang-kadang bila diajak bertemu ibu bapanya, pelbagai alasan yang diberikan. Takut kantoilah katakan, nanti habislah periuk nasinya.
Thursday, 18 October 2012
Lelaki zaman sekarang kenapa bodoh sangat?
Posted by Unknown at Thursday, October 18, 2012Yang baik dibuang yang keruh diambil?
itu yang aku tak paham sekarang!
Tuesday, 16 October 2012
Ciri-ciri lelaki hawau
Posted by Unknown at Tuesday, October 16, 2012
Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.
So, rasanya kali ni..saya dalam mood sinis, saya leraikan ciri-ciri lelaki hawau pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? ![]()
Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan Utraman taro!!. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 6 point aja kali ni.
Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe
1- Kaki perempuan
Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama.
Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.”
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa???
2- Kaki kutuk belakang
Bab ni den x suko... ekau poie kutuk belakang tu watpo... kalo ekau tak puas hati, cakaplah dopan-dopan.. ni tak, kutuk belakang.. ekau takdo burung ko... atau ekau punyo burung tu kocik (saiznyo bosar tauge)...aduuiiiaiiiiii.....
ekau ingat ekau ni bagus sangat.... borlagak kayo tapi miskin.. bega(berlagak) punyo budak.. ekau ingat den tak tahu ekau kutuk den.. hawau punyo jantan.. den cili kan mulut ekau tu baru ekau tahu orti ponyosalan..
3- Kaki kelentong
Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada
aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni.
Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.
For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong. Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit. Macam saya, khusus untuk kelentong lecturer lah biasanya. muahahaha.
Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki
ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited
edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha
4- Kaki cemburu buta
Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal
for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak
pernah pulak ada boyfie yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut.
hahahaha.
Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not??? Lagi super extra sanggup hilang kekasih demi cemburu ego... Tak caya pergi tanya lelaki itu..
5- Mengeleniur / Gatal
Pantang nampak pompuan, tak kiro lah pompuan tu cantik ko tak... semuo ekau nak kobas. macam lah ekau tu ensem bonar..aduiiaiiii....gelojohnyo nafsu, sampai keluar biji mato (nasib baik biji mato,kalo biji lain..hahahaha) jando tuo pun ekau nak..aduiiaiiiiii.... ekau pilihlah taste yang ok sikit... ni muko macam biawak pun ekau nak kobas..
6- Kaki pow duit awek
Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya
pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami
woo. Belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan?
Kalau pi beli hadiah, jangan harap dia nak keluarkan duit lebih-lebih. Pasti dia akan cari hadiah murah dan lagi murah... Semurah cinta dia. Dasar lelaki bangang!!!!!!! Kemut bin kedekut tu namanya...Sayang and cintun konon. Podachi. Baik
elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya.
Friday, 12 October 2012
Kanda Mengumpat Dinda?
Posted by Unknown at Friday, October 12, 2012
Kisah Benar Mengumpat Sukar Di kafanKan
Posted by Unknown at Friday, October 12, 2012

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kainkapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat.Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bilamendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan,liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.
Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Nota Hati : Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.



