...Dimulakan dengan kenyit2 mata...
Aku punya seorang kekasih hati yang ku panggil dengan panggilan manja "kekanda". Kalau rakan2 aku lihat kekanda aku ini dari segi percakapan dan perwatakkannya mesti korang tidak percaya apa yang bakal korang baca ini.. Tetapi inilah kisah aku.Aku punya kekanda yang bukan main bergaya, segak dengan penampilannya. Tentunya sebagai penaung adinda akan berbunga-bunga bila ada orang yang puji "wah, bf ko smart la".. (sambil tersenyum aku melemparkannya kata2 itu.. manis sungguh senyuman aku, dalam hati sambil berdoa "Ya, Allah, smart kan ah jua akalnya, Amin" begitu lah seterusnya. Moga langit ke-7 akan memberikan laluan doaku kepadaNya.
Adakalanya kekanda ku ini mengaku mempunyai karier yang bagus dengan menjalankan perniagaan yang besar2an. Macam2 perniagaan kununnya di ceritakan kepada ku, sekejap ada bisnes itu, sekejap kerja di luar kawasan ada job baru. Tetiba dapat tender dari Tan Sri si polan bin si polan.. Hebat jua pekerjaan kekanda aku ini. Stabil di mulut tapi realitinya habuk tarakkkk... lahabau !!!!
Orang seperti ini selalunya tidak kekal lama dengan cerita dongengan yang di reka2. Hidupnya penuh kepuraan!!! Lebih tepat lagi, golongan seperti kekdanda ku ini boleh aku kategorikan sebagai lelaki yang hanya bergantung hidup berbekalkan sumber kewangan wanita yang menjadi pasangannya atau teman rapatnya. Awas kaum hawa di luar sana. Berhati2 dengan lelaki spesis ini!! teramat BAHAYA. Lelaki yang termasuk dalam kategori ini dikenali sebagai 'gold digger' atau pengikis duit wanita.
Ya, saya tahu bukan mudah untuk kami kaum hawa ini mengenal pasti lelaki yang dianggap sebagai pengikis duit wanita. Lebih-lebih lagi, ketika di awal perkenalan. Kebanyakan lelaki sering tampil dengan keadaan yang sempurna di awal perkenalan dan mereka seolah-olah sudah memahami akan perasaan kita dan sehinggakan diri kita sendiri terbuai dengan kesempurnaan yang ditonjolkan itu.
Oh, Hiprokrit !!!! unlike :(
Perasan cinta itu sesuatu anugerah. Akhirnya setelah jatuh cinta antara satu
sama lain, maka secara perlahan-lahan lelaki tersebut akan mula mengatur
strateginya untuk mengambil kesempatan dan mengikis duit kita. Buat apa mahu cerita kisah orang lain, cerita sahaja tentang diri ku ini. "Kekandaku Bergantung Harap kepadaku" Di sini aku kongsikan beberapa tanda-tanda kekandaku yang ku dampingi itu seorang pengikis
duit wanita.

Ini adalah fokus utama kekanda ku ini. Di awal perkenalan aku dengannya aku langsung tidak perasaan akan kewujudan sifat "tidak reti malu pinjam duit perempuan", Pada ketika itu, aku sebagai adindanya kesian kerana kekanda ku ini bekerja di luar kawasan dan memerlukan keperluan yang terhad untuk mendapatkannya. Bodoh kan aku? Di sebabkan rasa sayang, aku tidak terfikir semua itu betapa bodohnya aku ketika itu. Sehari demi sehari, dari suruh membelikan keperluan tekak temboloknya akhirnya sehingga aku membayarkan bil mudah alih teknologi (internet). Tidak cukup dengan itu, top up RM5.00 pun masih mahu aku tolong? sekali RM5.00 mungkin tidak lah aku berkira tapi kalau setiap minggu apa hal? Mana perginya bisnes kekanda yang bergegar2 itu? Setelah itu ada pula bercita-cita ingin meminjam beribu riban dengan aku kununnya ada masalah yang amat merumitkan. huhay.. Berita yang amat sadis itu kekadang membuatkan aku gelak2 di belakang kamu kekanda.. Cukup sudah Cukup kekanda menipu adinda. Adinda ini masih mampu berfikir secara waras, "Alhamdullillah Ya Allah kerana memberikan akal aku berfikir dengan waras, amin". Lantas aku dengan bijaksana pun mengubah cerita agar duit ku tidak lagi terlepas dek jantan tak guna itu.. Maaf iyer kan.. selayaknya kamu di gelar "JANTAN" kerana sifat kamu lebih teruk dari binatang. Oh iyer, kekanda bila mahu bayar hutang kekanda kepada adinda? sudah setahun masih tertunggak!!!

Kekandaku
ini langsung tidak pernah memikirkan apa perasaan aku. Dia langsung
tidak boleh berkongsi pendapat dan masalah di saat aku perlukannya. Jika
tidak mampu selesaikan masalah yang sedia ada, harapan aku si kekanda
ku ini menjadi pendengar setia. Tapi sebaliknya yang terjadi, dalam
pemikirannya hanyalah ada cara bagaimana dia memujuknya aku mengeluarkan
wang demi keperluannya. Paling sadis, di saat waktu bila kekanda ku ini
mahu bangun di awal pagi pun masih mengharapkan aku menjadi jam
loncengnya walaupun umurnya lebih setengah abad!!! Budak sekolah rendah
pun tahu waktu bila mereka seharusnya bangun pergi ke sekolah, inikan
pula bakal menjadi bapak budak masih belum ada matlamat untuk bangun
pagi. Selalu harapkan aku!!! Tapi berani kata kepada masyarakat kekanda tidak pernah harapkan adinda kan... Jangan hiprokrit kekanda.

Yang ini seharusnya korang paham. Sunat itu bermaksud buat dapat pahala tak buat tidak mendapat dosa. Pernah sesekali itu aku sebagai kekasihnya mempunyai masalah terdesak aku dengan sengaja aku menceritakan kepadanya. Iyer lah korang kena paham, kita ada kekasih mestialah jika ada masalah kita akan menceritakan kepada orang yang paling kita dekat. Tetapi sayang, kekanda ku ini berpura-pura sibuk!!!! Kekanda ku ini memberikan sejuta alasan agar tidak mengeluarkan apa2 jua daripada sumber kewangannya malah kekanda ku ini memarahi aku kerana tidak turut membantunya membayar bil talian internet. Wahai kekanda ku, jika mahukan berinternet sampai tidak tidur, sila lah bayar sendiri, jangan harapkan adinda bayarkan. Tidak reti perasaan malu kah?

Kekanda ku ini mempunyai bisnes bergegar2 katanya, sebab itu lah pakaiannya di beli semua mempunyai jenama, namun tidak bersedia memberitahu lokasi perniagaannya beroperasi. Ini adalah salah satu tanda yang amat jelas sekali di bawah akta penipuan. Dalam masa yang sama, kekanda ku ini tidak pernah langsung sibuk dengan pekerjaannya sehinggakan 24 jam selalu di talian internet atau di depan TV. Terkadang aku terfikir adakah kekasih ku ini CEO talian internet? Bila ada masalah mulalah cakap keperluan bisnesnya merosot, perkakas bisnesnya mengalami kehilangan atau kerugian. Sorry iyer kekanda, adinda tidak paham!! Jangan minta bantuan daripada adinda. Stok skandal kekanda kan banyak. Mana mereka di waktu kekanda susah?

Sepanjang percintaan kita yang kita lalui bersama, mungkin ini adalah kenangan adinda buat kekanda tanda tulusnya kasih sayang kita menjalani perhubungan. Mungkin ia tidak berguna di waktu sekarang, tetapi kekanda bakal menggunakannya bila saatnya tiba. Simpan elok2 iyer kekanda. Adinda ingin balut dengan pembungkus hadiah tetapi perlukan kertas yang banyak, lalu adinda mengambil keputusan biarlah kejutan yang terlihat dek mata kasar.

"KERANDA berbentuk iPHONE 4"
Info : Keranda ini adinda beli RM30k, tapi di sebabkan tidak cukup wang adinda baru bayar RM25k, masih berhutang dengan tuan empunya tu RM5k. (Kekanda ambil dulu, tak apa, hutang RM5k tuh adinda akan lunaskan sebab ini hutang adinda)
Info : Keranda ini adinda beli RM30k, tapi di sebabkan tidak cukup wang adinda baru bayar RM25k, masih berhutang dengan tuan empunya tu RM5k. (Kekanda ambil dulu, tak apa, hutang RM5k tuh adinda akan lunaskan sebab ini hutang adinda)
Unikkan keranda buat kekanda.. inilah di tempah khas oleh adinda buat kekanda tanda kasih sayang adinda.. Stylo kan versi ciptaan adinda. Moga kekanda berbesar hati menerima pemberian daripada adinda. Masuk jangan tak masuk kekanda, pesanan adinda, jangan berharap lagi dengan bantuan adinda. Buruk tahu lelaki yang selalu mengharap pertolongan wanita. Allah marah.
Nota Hati :
Jadi untuk wanita diluar sana tu, berhati-hatila memilih teman lelaki
ok. Jangan nak main sapu je. Anda tu wanita, jadi kena buat jual mahal
sikit. Kalau dapat lelaki yang mengharapkan bantuan wanita ini tinggalkan sahaja. Buang masa sahaja.
Ini pengalaman aku.
Ikhlas
2 comments:
wakakaka!!! lawak gleee yg nii!!!!
iyerr mmg lawak tetapi ia membawa maksud yang tersirat :)
Post a Comment