....Muahks.... Ekoran dari kisah benar entri saya sebelum ini ( Klik Sini ) , tetiba saya teringat suatu peristiwa si kanda saya mengumpat dinda suatu ketika dahulu. Kanda, dinda tidak akan boleh maafkan kanda jika itu sememangnya dari kanda. Dinda lihat sendiri apa yang kanda mengumpat dinda tau.. Iyer iyer iyer dinda terasa.
Selalunya memang kita benci orang yang mengumpat ini kan? Sama lah seperti dinda. Sebab mengumpat lah antara satu cara yang tercepat untuk masuk ke dalam lubang NERAKA ke 7.
Mengumpat ini mudah = terlalu mudah sehingga tidak disedari kanda melakukannya di mana-mana. Kebanyakkan kanda boleh sedari rakan sedang mengumpat dengan senang, tetapi kanda tidak boleh sedari kanda sendiri sedang mengumpat. Mengumpat ini memburuk-burukkan nama orang lain, biasanya berita yang disampaikan pun
ditokok tambah, tetapi sedarkah kanda sekarang kanda sedang dan semakin menjadi kuat mengumpat. Mengkin pada kanda mengumpat ini dapat
menghilangkan stress kanda atau pun sekadar suka! Sebab itu lah kanda selalu sahaja mengambil dan mencari tahu masalah dan perihal "seseorang" itu dan berusaha mencari tahu mengenai sesuatu yang boleh di umpatkan. Mungkin kanda tidak sedar tetapi ini adalah sifat kanda. Perasan tak kanda?

Mengkin ini Tips bagi Kanda yang boleh Kanda amalkan bagi jangan meneruskan tabiat buruk kanda! Ikhlas dinda memberikan idea buat kanda.
1. Banyakkan berdiam dan berzikir
Kanda perlulah belajar untuk berdiam iaitu berdiam dari segi percakapan mulut dan berdiam dari ketukkan jari di keyboard. Dinda berkata demikian kerana kanda kalau mengumpat di laman sosial muka buku, tagged dan twitter itu pun menambah dosa kanda tau. Lebih baik kanda berzikir bagi menambahkan amal dan strategik kehidupan normal seperti manusia biasa. Alangkah bagus kan kanda. Mari kita berzikir sama kanda.
2. Paham konsep teori Air liur
Kanda ada air luir? Tipu kalau kata tiada. Dinda pun tanya soalan tidak masuk akal..hehehe.. Kanda kena paham konsep air liur itu, kanda sedar tidak, setiap kali kanda mengumpat, air liur beracun akan menambahkan perasaan sangka buruk dan
benci pada seseorang. Ketika kanda mengumpat juga minda kanda akan memberikan bayangan
menguatkan pandangan buruk yang di umpatkan sehingga ia terlekat di hati
dengan air liur beracun. Kini terbukti hati kanda pun sudah rosak. Kanda tidak ada perasaan ke mengumpat dinda? Dinda tidak maafkan tau!
3. Sedar pada emosi kanda
Kanda, bila puji memuji jiwa kita akan riang dan bila kanda mengumpat emosi kanda akan bergelora seperti gelora di lautan. Jarang sangat ada yang mengumpat itu ceria tau kanda. Kanda hanya akan ketawa apabila mengumpat itu bagi mempersendakan orang yang kanda umpatkan itu tetapi bukan kerana gembira, kanda ketawakan dengan hasad dengki yang menyeluruh di jiwa raga kanda. huhu..lahabau... Itu lah bezanya gembira ketawa senyum ikhlas dan gembira ketawa senyum IBLIS tau kanda. Jangan amalkan mengumpat kanda. Manusia yang di umpat tidak suka, Allah lagi tidak suka. Mari kita sama2 jaga emosi kita kanda.
Nota Hati : Kanda, itu lah sahaja tips yang dinda boleh dermakan buat kanda. Kanda jangan mengumpat dinda lagi iyer =)
0 comments:
Post a Comment