Tuesday, 9 October 2012

PerokOk TegAR

Hai sayang.. 
Rokok sebatang iyerrrrr.... hohuuiiii... 

Di hari yang indah ini, saya nak ceritakan kelebihan merokok. Iyer especially untuk perokok tegar !!! Banyak kelebihan mereka merokok ini iyerr yang kita semua tidak perhatikan. Sekarang mari ikuti saya kupas sifat2 perokok tegar ini.

1. Memiliki sifat yang SABAR
Walau pun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa..

2. Mereka perokok tegar ini melakukan langkah penJIMATan
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok..

3. Mengawal populasi penduduk dunia
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat kerana bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan penghuni dengan mati awalnya golongan-golongan perokok tegar ini.

4. Konsep bumi hijau
Tanaman tembakau berperingkat dan dilakukan sepanjang tahunan tanpa henti yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau.

5. Kekal Awet muda remaja
Jangan tidak tahu, ke"macho"an dan ke"jelita"an akan bugar sentiasa. Golongan perokok tegar ini akan sentiasa menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua, Jika ada pun yang mati tua itu mereka yang benar2 bersistematik dengan pakej penyakit kronik.

6. Terapkan sikap peramah
Konsep ramah yang di amalkan adalah perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.

7. Pembelian ubat nyamuk dapat di kurangkan
Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok ini boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk. Salah satu mengurangkan bebanan kerja di kilang ubat nyamuk.

8. Membantu meningkatkan gaji Pakcik/Makcik cleanner
Alhamdulillah rezeki Pakcik/Makcik cleaner makin bertambah. Senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka. Secara tidak langsung ini menjana ekonomi keluarga para petugas cleanner.

9. Menambah pendapatan para doktor.
Setiap hari ada sahaja pesakit yang disebabkan oleh rokok. Keadaan ini akan menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

10. Memenuhkan penghuni hosiptal 
Jarang anda akan lihat setiap katil di hospital itu kosong tanpa penghuni. Kekosongan katil-katil tersebut bakal ditempatkan oleh pesakit perokok tegar. Maka keadaan hosiptal akan lebih meriah dengan sanak saudara si pesakit perokok ini ketika datang melawat beliau.

11. Penderitaan di bahagi sama rasa
Orang kata "share is caring". Konsep tersebut telah lama diamalkan oleh perokok tegar!!! Suka sama suka, bahagia sama bahagia dan sakit pun sama sakit!!! Maka keluarga dan rakan-rakan si perokok tegar ini dapat merasai penderitaan si perokok bersama-sama melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua.

12. Ketika di jamban tiada lagi bau busuk
Dengan menghisap rokok di jamban, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

13. Tiada istilah "stress" lama2
Orang yang menghisap rokok ini tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi. 

14. Manja dan tidak perlu bersusah payah 
Senang hidup mereke ini, bila sakit tidak perlu kerja lagi. Semua orang akan buatkan untuk kita. Orang carikan duit untuk bayar perubatan kita. Orang suapkan makanan kita ketika lapar. Orang mandikan kita di saat kita tidak mampu buat semua keperluan dengan sendiri. Dalam erti kata lain boleh bermanja2 dan tidak perlu bersusah payah.

15. Kurangkan bebanan staff bank
Bagi perokok tegar ini, pelaburan utama mereka tidak la perlu di laburkan di mana2 agensi kewangan yang berdaftar di negara masing2 kerana duit gaji meraka telah di laburkan dengan pembelian rokok.

1 hari = 1 kotak rokok (RM10.00)
RM10.00 x 365 hari = RM3,650.00 (kos setahun)
Jika perokok tegar ini meneruskan perjuangan selama 25 tahun 
(bermula 18 tahun dan mati 43 tahun) itu jika mati 43 tahun jika lebih kalikan sendiri.. ^_^
RM3,650.00 x 15 tahun = RM91,250.00 (kos minang anak dara orang 9x tuh!!!)

heheheee... kau orang mesti tertanya-tanya kat saya kan, saya yang tidak merokok ini ada berapa banyak duit simpan dalam bank kan?

Jawapan : Saya tak pernah ada duit sebanyak tuh, saya kirakan ini sebab saya pelajar account yang mahu mengajar kalian membuat pelaburan secara bijak dengan penggunaan angka2 matematik

16. Amalkan senaman untuk kesihatan anda
Tarik, bakar, sedut, dan hembus. 4 step terulung dalam aksi menghisap rokok. Step senaman yang ringkas dan mudah tapi perlukan duit untuk membelinya.


17. Membuatkan orang awam memberikan laluan terutama di kawansa awam
Anda membuat pembakaran terbuka. Udara pembakaran percuma ini menyesakkan udara sekeliling dan juga pernafasan orang yang berjalan di belakang perokok. Oleh sebab itu, orang awam akan sentiasa menjauhi anda yang sedang merokok, anda tidak perlu bersesak-sesak di kawasan awam.

18. Perfume sejati
Perokok ini tidak perlu membeli pewangi kerna sangat annoying bila bau perfume one drop aku telah dirogol bertalu-talu oleh asap rokok.hehehe..

Gambar hiasan ini cantikkan? hehehe
 

0 comments:

Post a Comment