Pernahkah korang mendapat pakwe CURANG? Apakah ciri2 seorang pakwe yang tidak setia pada pasangannya? Ini pendapat dari hati seorang makwe yang telah di curangi oleh pakwe nya setelah kami menjalani kehidupan bercinta hampir 3 tahun.
Memiliki lebih dari satu hubungan
Jalan menjalini perhubungan dengan aku, dia simpan perempuan lain sebagai stok boring2.. Apa kes pakwe seperti ini? Allah Maha Adil dan kadang-kadang Allah berikan petunjuk kepada sang makwe ini bahawa pakwe kesayangan mereka sedang curang!! Hati-hati dengan tindak tanduk kamu wahai pakwe ku.. aku tak nampak tapi Allah Maha Melihat sayang..
Koleksi SKANDAL kununnya lebih hebat daripada makwe sendiri
Sungguh pun pakwe ku mempunyai stok skandal, pakwe ku turut mengakui bahawa dia sangat
sayangkan aku dan tak mahu melukai aku sebagai makwenya. Macam babon statement kau wahai pakwe ku! Oleh sebab itu pakwe ku yang hebat ini berusaha menjaga rahsia ini dengan baik tapi sejauh mana rahsia itu wahai pakwe ku boleh di rahsiakan. Bakal terpecah jua suatu hari nanti. Allah Maha Adil bagi naluri seorang perempuan teraniya.
Status di facebook yang sering berubah-ubah
Pakwe ku yang mempunyai sifat tidak setia biasanya seringkali mengganti
status di facebooknya sehari dalam 50- 100 status yang menayat!! Ciri-ciri ini adalah bentuk dari emosi pakwe ku tersebut mengikut gelora nafsunya. Maka datanglah si mak janda, wanita kepoh dan ala2 make up babon ini melayan, maka terjadilah luahan perasaan yang di reka2.
Maaf!,! di sini bukan kaunter meluah perasaan iyer sayang!!!
Pakwe ku berkata "Sayang, i sunyi lah sayang"
Ini selalu terjadi kepada pasangan Long Distance Relationship (LDR). Seperti kami!!!. Bila dah jauh, pakwe ku ini katanya sunyi macam tanah terbiar nan gersang ini mulalah buat hal. Amboi gatainya pakwe ku ini kan? Mula lah pakwe ku ini merenyang semacam aje.. miangnya seperti ulat bulu!! Mula lah buat alasan tak dapat kasih sayang secukupnya, tak dapat perhatianlah, terasa diri di abaikanlah. BLah BlaH Blah! Bila dah jauh camtu, bila dekat ajak jumpa pun tak mahu!!! Bila ajak sms cakap tidak cukup kredit atau belum top up!!! Bila aku CALL, cakap sedang meeting!!! Mana lah aku tak masuk wad sakit jiwa dengan perangai pakwe aku ini..
"Relationship" sering berubah setiap bulan
Pakwe ku ini jenis memang tidak matang dalam menjalani perhubungan. Asyik tukar2 kenyataan perhubungan. Bayangkan setiap bulan bertukar2 perempuan.. mula2 perempuan si SENAH "In Realionship " sejam kemudian "Engaged" 3 jam seterusnya " Married" selang 2 minggu kemudian kemas kini lagi hubungan "Complicated" seterusnya "DIVORCED" !!!! completed lah hubungan kamu tu... tup tup selang sehari kemas kini lagi status dengan si BEDAH lak , si LIMAH lor, si JENAB nih... hahuiiii... stock bohsia banyak lah.... macam ini kah jenis setia?
Couple dengan aku tapi berikan nombor phone kepada si mak janda lain
Dasar pakwe keparat !!! Dengan aku punyalah baik. Ustaz Don pun kalah.. Diam2 dia berikan nombor handphone kepada mak janda atau bohsia. Menayat janda2 di muka buku, menayat anak dara di tebuk tupai di tweet, menggedik perempuan tua di MIRC.. Mungkin aku tak tahu dengan siapa kau berhubung itu, tapi perasaan seorang makwe yang setia pasti dapat rasakannya. Ingat pakwe ku, 10% kau lain dari semalam pun aku dah dapat kesan apatah lagi jika kau 50% berbeza !!!
Selalu TAGGING si pontianak dari makwe sendiri di mana2 laman sosial
Ini kesalahan besar pakwe ku, sebelum kawin kau dah menggedik bagai langsuir dengan si pontianak, mana aku sebagai makwe kau tidak kecik hati.. lagi lah aku serang kau wahai pakwe ku sayang. Biar aku ungkit sekarang, jangan aku ungkit kemudian nanti. Cuba aku pula buat, apa perasaan kau? Lepas itu pakwe aku ini tuduh aku pula tak setia.. Katak kodok betul la.
Pakwe ku kata "Bosan dengan aku" padahal aku makwe dia
Spesis macam pakwe aku ini langsung tak berguna kalau korang hendak tahu. Rasa korang, seharusnya aku bagi pelempang sebijik ke tidak? hohoii.... Memang "jiwa buaya" betul lah pakwe ku ini. Perangai serupa dengan katak kodok. Aku nekad sekarang kalau pakwe cakap lagi "iyer sayang, i dah bosan ngan u" maka sepantas lajunya aku akan menjawab "i lagilah bosan teramat dengan sikap u yang macam kucheng KURAP tu". Lepas itu wahai pakwe ku, jangan hantar sms kata rindu aku lagi tau.. aku tak sudi
Mengatur pergaulan
Cehwah !!!! brengsek pakwe ku ini, kalau pasal aku ini, semua pakwe ku ini hendak tahu dengan siapa aku PM, dengan sapa aku DM, dengan siapa aku tagging.. lepas itu mula lah komen,
"Ini jangan!"
"Itu tak boleh!"
"Boleh tak jangan macam ini?"
"i nak u kalau boleh la, jangan kawan dengan si minah itu lagi, boleh tak?"
Terlalu
mengongkong pakwe ku ini !!! Give up aku!!! Lahabau.... Paling sadis,
bila kami perang dunia entah ke berapa kali, pakwe ku ini kata aku pula
yang sekat dia berkawan.. Semua yang di kata itu semua di balikkan
kepada aku.. Ini bukan alasan wahai pakwe ku untuk mencari stok bohsia
lain... kununnya lebih memahami kau. Huh alasan!!!! Cuba telek
diri sendiri kenapa sampai jadi camtu dan cubalah perbaikinya. Tapi
kalau sememangnya dah keturunan buaya darat versi puaka, jangan salahkan
aku kerana cop kau yang tidak setia.
Tidak pernah merasa puas atau terkesan dengan apa yang anda lakukan
Pakwe ku yang jenis tidak setia ini biasanya memiliki sifat tidak pernah terkesan
dengan apa yang aku lakukan/berikan terhadapnya, justeru pakwe ku ini
menganggap kawan2 yang paling berjasa dalam kehidupan dia. Tapi kalau pinjam duit atau nak cukup kredit top up pandai lah pula cari aku. Kenapa tidak pinjam dengan kawan kau tu wahai pakwe ku? Kan kawan kau sedia membantu di kala kau susah. Full stop.
Bajet hot macam Josh Duhamel
Woi!!! ko hengat ko tuh hot sangat ke? Pergilah cermin diri tuh dulu. Kompem hot? Macam Josh Duhamel? Awww. Ok fine! Pergilah test market korang tuh. Manalah tau ada yang berminat nak pakwe ku yang kaki tidak setia!! yang kaki penipu!!! yang kaki belit!!! yang kaki putar alam.. Muahuahuhuahuhuaaa
Mesti korang akan cakap, alaaa aku pun dua kali lima aje perangainya kan? Okayla maybe betul dan korang boleh terbalikkan situasi kat atas pada aku atau kaum aku pun boleh. Tapi ini adalah pengalamn apa yang aku rasa sendiri selama aku kenal pakwe aku ini. Selama ini pakwe aku ini berlagak alim mengalahkan Ustaz Don, padahal sebenarnya apa yang terjadi hanya aku, dia dan Allah aje yang tau. :( Aku kan makwe dia, aku simpan semua rahsia ini sebab aku sayang dia.. sekarang aku cerita di blog ini bukan kerana aku tidak sayang dia, aku inginkan pakwe ku berubah. Harap2 pakwe ku itu terbacalah blog aku tinggalkan ini suatu hari nanti..
Mood : Penuh Pengharapan :))
Kesimpulannya kat sini, jagalah sesuatu hubungan itu yang bermula dengan couple sebab ia adalah simbolik permulaan jalan menuju ke gerbang perkahwinan sebagai sambungan zuriat Nabi Kita. Ada orang kata, senang sesuatu benda itu nak dapat, senang jugalah sesuatu itu terlepas dari genggaman kita. Seperti mana kau guna bohsia itu hari ini, esok kau boleh dapat bohsia lain... tapi tak sama dengan wanita suci.. bohsia itu sisa2, saki baki orang!. Macam lagu Bruno Mars tuh, "easy come, easy go..". Faham tak apa yang aku nak sampaikan ini?
love is about me and you
about give and take
but!
that"give and take"
depend on ur iman and brain too :)
use akal bkn brain :)
So easy la man. Fikir sampai ke dalam akal tuh. Bila dah dapat yang setia tuh yang penting adalah macam mana cara mengekalkan sesuatu hubungan tuh. Bukan nak memperoak porandakan lagi. Bertanggungjawab ke atas komitmen yang korang berikan terhadap sesuatu perhubungan tuh. Kalau rasa nak main-main tak nak serius, nak buat stok barang lepas2 geli aje, baik fikir kalau ia terjadi pada akak, adik atau anak kau orang suatu hari nanti? Apa kau rasa? Macam itu lah aku rasa!!! Korang tak rasa sedih ke anak korang diperlakukan macam tuh disebabkan dosa-dosa korang yang lalu? Ingat Pakwe ku, wahat goes around comes around.
Honestly, kesetiaan dalam perhubungan memang penting. Apabila kita terima dia sebagai pasangan kita, secara tidak
langsung kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada
pasangan kita untuk menjadikan dirinya hanya satu di hati kita sewaktu
kita mengambilnya sebagai kekasih. Ingatlah
bahawa hidup kita seperti roda. Tidak semestinya kita sentiasa berada
di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan
dipermainkan. Dan pada waktu itu, tiada gunanya penyesalan. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya. Hanya masa yang dapat menentukan.
Nota Hati :
Love each other, so jadilah pasangan yang happy.
Tak payah susah2 nak curang dan tak setia.
Love each other, so jadilah pasangan yang happy.
Tak payah susah2 nak curang dan tak setia.
0 comments:
Post a Comment