Saturday, 20 October 2012

Ciri-ciri lelaki yang menakutkan

Hello peeppsss

Ciri-ciri lelaki yang menakutkan means tak nak atau tak suka...Bukan takot sebab tidak hormat tetapi takot dan kesian kepada diri sendiri merana sepanjang hayat. :'(

Tetapi bagi sesiapa yang sanggup mengambil risiko boleh juga teruskan tetapi perlu lah sediakan bekalan untuk tanggungan merana seumur hidup.


1. Kaki kikis
Zaman sekarang aku tengok, lelaki ini sudah kurang sifat malunya. selalu sahaja minta keperluan diri berupa material daripada perempuan. Seriously memang ada type lelaki jenis ini. Selalu orang kata perempuan ini pisau cukur tetapi tidak sedar mereka itu lebih teruk dari pisau cukur, mereka sesuai di gelar "mesin rumput". Buruk benor.

2. Mata keranjang
Kalau di jodohkan dengan lelaki jenis ini mestilah sakit hati dan memendam rasa sepanjang hayat. Silap-silap yang gemuk boleh kurus kering makan hati. Sifat gatalnya tidak boleh diubah jika bukan dirinya yang mengubah. kalau kawen dengan mereka, orang lain makan nasi, kita makan hati hempedu lah. Kebulur nasi macam ini.

3. Playboy
Ini lagi lah major lah kalau mahu compared dengan mata keranjang. Pasang girlfriend sana sini, last2 pening hendak turutkan mana satu, lalu hantar pesanan ringkas "i outsation" dan alih-alih matikan telefon bimbit. Menakutkan lol.

4. Heavy smoker
Maksud di sini, tidak boleh berhenti merokok. Lelaki seperti ini banyak buat pembaziran sumber kewangan. Antara rokok dan susu anak, mereka sanggup beli rokok walaupun susu anak itu penting. Lebihkan selera asap sahaja mereka ini. Silap-silap jika kita kawen dengan lelaki jenis ini, kita perlu bersiap sedia untuk menjadi JANDA awal dari insan-insan lain. kalau janda banyak harta tidak apa, jangan banyak hutang.

5. Panas baran
Hot Tempered! Dari baran dan tidak mengawal marah melalui jiwa. Apa pun boleh jadi, hendak menghina, hendak memukul dan mencaci semua tidak mustahil. Antara banyak2 ciri aku rasa point panas baran ini paling menakutkan. Bodoh.

6. Kaki pukul
Lelaki ini suka mendera fizikal pasangan. Kalau sesiapa yang tidak sayang akan tubuh mereka sahaja yang boleh kawen dengan lelaki mempunyai ciri kaki pukul ini. Lebam sana sini bilang sayang. Sengal.

7. Kaki dendam
Lelaki jenis ini amat lah saiko. Tidak cukup segalanya mendera perasaan lagi. Silap-silap bila marah mereka menguasi diri akan terjadinya idea yang kurang waras. Tetapi ok lah juga, popular sikit anda kerana esoknya keluar di berita harian atau metro "Pasangan di bunuh kerana dendam kesumat". Popular tuh.

8. Control macho
Em, penat hendak melayan lelaki perasan nih. Perasan handsom, perasan hebat, perasan kaya, perasan pandai, perasan serba serbi lah katanya. Bila perasan, timbu lah bangga diri dan ego makin meninggi. Kalau cakap apa pun semua ingin menang sebab perasan diri dah sempurna. Golongan perasan ini selalu tidak di sukai ramai even dari kawan lelakinya. Seriously.

9. Cemburu buta
Cemburu melampau ini adalah sifat gila saiko yang boleh menjatuhkan maruah sendiri. Silap-silap mereka yang tergolong dalam golongan ini mempunyai otak yang sempit sebab itulah tidak mampu berfikir mana yang baik dan lebih baik. Kesian.

10. Tak mampu berdikari
Selain menakutkan ini yang paling tidak layak di dampingi kerana diri sendiri pun tidak mampu di jagai inikan pula hendak menjaga kita. Silap-silap kita pula yang sibuk hendak jaga dia. Mampus hendak melayan kerenah mereka. Ucapan paling bagus untuk golongan ini "Selamat Tinggal sayang ku yang paling bodoh"

Nota hati : Gembira membaca, gembira berfikir rasional. Ada sesiapa yang ingin kongsi lagi pandangan atau pengalaman? Sila tinggalkan komen anda  =)

2 comments:

Info Al-Islam said...

:-)

Unknown said...

:-) 2

Post a Comment