SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ( 26/10/2012 BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH ) !!! PeJaM CeLiK , PeJam CeLiK sEkejAp SaHajA mAsA beRlalU, SekARanG DaH MasUk RayA HajI suDah. Ini BeRmAkNa KiTa SuDah MasUk Ke MusIm Haji Lah.. KepAda YanG beRkeMAMpuAN uNtUk meNuNaiKan Haji, SIla2LaH perGi MenuNaikaN RuKuN IslAM ke5 Ini. KeRanA WaJiB BagI meRekA yaNg BerKemAmpuAn. OkeYlAh SaYa PuN Tak NAk BerLetEr BanyAK2, Meh SayA nak ShaRe SikIt TenTang AiDiladhA ni.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
NOTE :- SAYA HARAP DENGAN PENGKONGSIAN INI SEMUA MENDAPAT MANFAAT, SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA. AMIN. DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA BUAT SEMUA, TAK KIRA DIMANA ANDA BERADA.
NOTE :- SAYA HARAP DENGAN PENGKONGSIAN INI SEMUA MENDAPAT MANFAAT, SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA MERAHMATI KITA SEMUA. AMIN. DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA BUAT SEMUA, TAK KIRA DIMANA ANDA BERADA.
0 comments:
Post a Comment